Set Kehamilan Shaklee Untuk Fasa I

by - Thursday, April 27, 2017

Setelah mencari dan baca sana sini, akhirnya saya buat keputusan untuk mencuba Set kehamilan Shaklee Fasa 1. Tertarik dan jatuh hati apabila hampir kesemua testimoni memberikan feedback yang positif. Mungkin ada yang negatif dan tidak di upkan, anggaplah itu hanyalah sebahagian kecil sahaja. 




Di datangkan dengan :
1. B-Complex : 120Biji
2. Vitamin C : 180Biji
3. Vitalea : 120Biji
4. Ostematrik : 120Biji

Satu botol di datangkan dengan kuantiti yang berbeza. Jika amalkan hanya sebiji sehari, ada yang bertahan selama 6 bulan. Nampak mahal, tapi hakikatnya sangat jimat.

Bab harga kena update lain , sebab semestinya harga ahli pasti lebih murah drpaa harga runcit. Nak jadi ahli pun murah sahaja, tak silap sekali bayar RM70.00 , dan renew tahunan sebanyak RM30.00 sahaja. Beli pun melalui online sahaja, buat bayaran dan tunggu barang sampai. 

Eh. Ni baru servey yea. Belum beli lagi. Kita tunggu kandungan dah 12 minggu baru kita start borong dan amalkan secara konsisten.

Dan apabila kandungan masuk 12 minggu juga, kita akan add sekali salindah B1. Buat pertama kali nak cuba, tak tahulah rasa macam mana, takut juga. Tapi asalkan mampu beri kebaikan kepada anak dan kandungan, tak salah mencuba.


Terima kasih Allah di atas nikmat ini.
Terasa besarnya sukar untuk diungkap..

You May Also Like

0 comments