Resepi Aiskrim Homemade Yang Mudah

by - Thursday, April 27, 2017

Tidak kira kanak kanak atau orang dewasa, makan aiskrim dengan roti , kon atau makan aiskrim sahaja adalah salah satu nikmat yang tidak boleh didustakan. Jika ada yang cakap dia tak suka tu, mungkin hanya sebahagian kecil sahaja.

Kos untuk membeli satu bekas aiskrim Brand Nestle sekarang pun sudah cecah RM7.00. Sekali sekala boleh la, kalau sebulan 2 3 kali fikir panjang juga.

Akhirnya. Berjaya buat aiskrim sendiri...Yang ni kena kreatif sikitla. Saya buat guna bahan basic yang ada atas rumah sahaja sebab nak jimat.


Bahan Bahan
1 Tin Susu Cair
1 Sudu Besar Susu Pekat
1 Sudu Besar Ovelate
3 Sudu Besar Milo
3 Sudu Besar Serbuk Coklat/Koko

Cara-caranya:-
1. Masukkan semua dalam bowl
2. Mix hingga kembang berkali ganda dari asal.
3. Simpan dalam bekas dan bekukan.

Memang gebu, lembut dan puas hati makan.

Okies, selain itu, jika banyak duit boleh tukar susu cair tu dengan susu segar yang plain atau yang berperisa ikut selera masing masing.


Contoh Aiskrim Strawberi

Bahan bahan
2 cawan susu UHT Dutch Lady perisa strawberi
1 Sudu Besar Ovelate
Stawberi {Optional} { Blend sekali dengan susu}

Caranya:-
1. Masukkan semua dalam bowl
2. Mix all sampai gebu
3. Bekukan


Selamat mencuba yea. Buat sendiri lebih baik, insyallah..

You May Also Like

0 comments