Bila anak minta donut gebu

by - Tuesday, April 25, 2017

Bila anak minta donut gebu, sebagai mak mahu atau tak kena lah uli juga tepungnya. Asalkan anak makan berulang kali, mak sudah rasa senang hati.

Jika dulu memang malas sangat nak buat donut, satu sebab selalu gagal, dua sebab malas uli.


Tapi sekarang, sebab ada stand mixer, mak dah rajin. Campak campak tunggu elastik dan terus bentukkan, perap 15 minit , terus boleh goreng. Makan bersira gula boleh, makan kosong boleh, dan celup coklat pun boleh. Ikut selera masing masing la yea.


Resepi Donut Gebu Simple

Bahan A
250gram tepung gandum cap bunga rose
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
1 sudu tea bread improver
1 sudu tea baking powder double action
6 gram yis

Bahan B
1 biji telur
Air peti
# Campur dalam satu cup dan dapatkan 140ml
# Kacau rata

Bahan C
30gram mentega pelangi
Secubit garam

Cara-caranya :
1. Masukkan semua bahan A dalam bowl .
2. Mixed perlahan 1 minit agar semua rata
3. Masukkan bahan B dan kuatkan speed.
4. Mixed hingga nampak sebati.
5. Masukkan bahan C
6. Mixed hingga doh elastik. Dalam 20minit gitu. Bergantung atas mixer.
7. Bentukkan
8. Perap selama 15 minit
9. Goreng dengan api yang perlahan.


Nota:
1. Goreng dengan menggunakan minyak yang panas dan banyak.
2. Masukkan donut, tunggu masak sekejap, balikkan dan terus angkat.


Selamat mencuba

You May Also Like

0 comments