Banyaknya kenangan dan kejutan dalam membesarkan anak.

by - Wednesday, April 26, 2017

Memiliki anak bagi setiap pasangan yang berkahwin adalah impian setiap insan. Namun harus kita sentiasa pujuk hati dan jiwa kita. Allah tak janji orang yang berkahwin itu akan ada anak, jadi jangan sesekali sedih bila Allah ujinkita dengan tidak memilikki anak.


Bila ada anak, setiap hari ada sahaja peristiwa atau kelakuannya atau perubahan perubahan yang terjadi. Sebagai ibu kita akan rasa teruja. Namun saya bukanlah termasuk dalam golongan ibu yang harapkan anak bila lahir lahir terus boleh berlari. Bila sudah besar sikit terus boleh bercakap.

Saya hanyalah seorang ibu mengikut fitrah kanak kanak itu sendiri. Saya tak pernah paksa anak saya ikut kehendak saya, tapi saya sentiasa follow setiap langkahnya, dan di sepanjang perjalanan itu, saya akan bagitahu oh! Itu salah yea, jangan buat lagi, ini betul! Bagus anak ibu.

Masa berlalu, tanpa saya sedar, hari ini dah 2 tahun 4 bulan 1 hari umur kakak. Rasa sakit bersalin itu belum hilang lagi... Tengok tengok kakak dah besar depan mata. Pelbagai perangai dan feel yang kakak berikan, adakalanya suka, adakalanya duka. Ada kalanya gagah, adakalanya tewas. Tapi, rasa seorang ibu itu mengatasi segala rasa yang ada di dalam hati.

Ya Allah, terima kasih di atas nikmat ini. Nikmat yang semua orangkan. Nikmat yang sentiasa orang harapkan. Terima Kasih Allah.

You May Also Like

0 comments